Smart ICT Minggu Kedua

31 Mac 2019 | Ak4tiviti Terkini

Pada tarikh 30 Mac 2019, Pusat Internet Stungkor Baru telah mengadakan kelas Smart ICT Minggu Kedua bersama komuniti pelajar Kpg. Selampit bertempat di Bilik Gerakkan Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang dihadiri seramai 10 orang peserta.

Kelas Minggu Kedua ini, peserta belajar menaip biodata masing-masing. Peserta juga belajar menggunakan design iaitu page borders. Ini bertujuan untuk membuat frame page biodata mereka menjadi menarik dengan hiasan tersebut. Peserta juga belajar menggunakan front iaitu memilih pelbagai tulisan dalam menaip biodata mereka. Kelas tamat setelah peserta selesai menyiapkan biodata mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali